Thursday 3 July 2014
01:31 0

HEBOH SUKAN ! Pasukan Bola Sepak Algeria Dermakan Wang Bonus Piala Dunia Untuk Saudara Islam di Gaza.


BERITA SUKAN :
Setinggi penghormatan diberi kepada pasukan Algeria di atas persembahan yang ditunjukkan oleh pasukan itu di piala dunia Brazil 2014 kerana memberi persembahan yang menakjubkan walaupun beraksi di bulan Ramadhan ini kerana rata-rata pemain mereka beragama Islam.
Walaupun tewas kepada pasukan Jerman pada pusingan kalah mati, namun kesedihan itu tidak menghalang pasukan bola sepak Algeria daripada mendermakan imbuhan atau bonus mereka sepanjang kemunculan di Piala Dunia 2014 kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Menurut laporan, pasukan ini yang rata-ratanya beragama Islam telah mengambil keputusan untuk mendermakan wang bonus mereka atas dasar keprihatinan terhadap penduduk Palestin. Jumlah wang yang didermakan pasukan itu dipercayai sebanyak USD9 juta (RM29 juta) menurut salah seorang pemainnya, Islam Slimani.

Sementara itu, prestasi cemerlang Algeria pada edisi Piala Dunia pada kali ini sangat menggembirakan peminat mereka yang tidak menyangkakan pasukan negara mereka mampu melangkah sehingga ke pusingan kalah mati dan turut memaksa pasukan Jerman untuk bermain di minit-minit tambahan demi menempah slot ke pusingan suku akhir kerana mereka adalah pasukan 'underdog'.

0 comments:

Post a Comment