Wednesday 9 July 2014
01:19 0

HEBOH SUKAN ! Brazil dimalukan skuad Jerman di hadapan penonton sendiri.





SAO PAULO – Media Brazil mengkritik prestasi buruk dicapai pasukan kebangsaan yang kalah dengan jaringan besar kepada Jerman dan menganggap ia keputusan paling memalukan dalam sejarah bola sepak negara itu dengan prestasi juara dunia lima kali,
Skuad Brazil yang kehilangan dua tonggak utama iaitu Thiago Silva dan Neymar di lihat terumbang ambing dan bermain seperti kehilangan punca. 
Akhbar dan pengulas televisyen menggelarkan ia sebagai kekalahan “Mineirazo”, satu kiasan yang merujuk kepada Stadium Mineirao di Belo Horizonte, iaitu lokasi perlawanan separuh akhir pertama, pagi tadi.
Trauma kekalahan bola sepak Brazil sebelum ini adalah pada 1950 yang diingati sebagai “Maracanazo”, lokasi perlawanan akhir 64 tahun lalu itu, di mana Brazil tewas kepada Uruguay.
Sementara itu, di laman web akhbar Folha de Sao Paulo, pautan berita itu memaparkan tajuk “sejarah memalukan” merujuk kepada kekalahan paling teruk yang dialami Brazil dalam sejarah 100 tahun itu dengan keputusan yang memalu kan 7-1.
“Brazil dimalukan sekali lagi ketika menjadi tuan rumah,” kata sebahagian artikel dalam web berkenaan.

0 comments:

Post a Comment