Thursday 3 July 2014
00:56 0

HEBOH HARI INI ! Hari Kelahiran semula Felixia Yeap memeluk Islam.



wajah wajah manis Felixia bertudung

BERITA TERKINI :

Hari ini merupakan hari kelahiran semula jelitawa Felixia Yeap yang mula memeluk islam pada tanggal 3 Julai 2014. Beliau bersyukur kerana hasratnya untuk memeluk Islam selepas pencarian selama bertahun-tahun itu direstui oleh ibunya.

Walau ada yang menyokong, tidak kurang juga yang tidak yakin dan memberi reaksi negatif di atas tindakannya itu, katanya lagi.

"Saya telah mengharungi pelbagai dugaan, bantahan, makian, sindiran, fitnah, penyisihan, tekanan. "Tetapi syukur Alhamdulillah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat. Saya harus berterima kasih dengan kedegilan saya," tulisnya.

Tidak Bimbang.

Yeap berkata, beliau tidak bimbang untuk mengumumkan keputusannya memeluk Islam - tidak seperti individu lain yang terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan keluarga.

"Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui," tulisnya.

Yeap, yang meraih populariti melalui kemunculan di majalah Playboy pada tahun 2010 berkata beliau mula tertarik dengan Islam selepas memperaga pakaian muslimah untuk satu sesi fotografi. Sejak enam bulan lalu, beliau tampil dengan imej bertudung – satu perubahan yang menarik perhatian ramai.

Wanita kelahiran Ipoh itu mendedahkan, beliau sejak itu juga sudah mula mendalami ilmu agama Islam. Menyatakan lagi, Yeap berkata beliau kini lebih selesa dengan nama islam “Rania” dan merancang untuk membuka perniagaan menjual pakaian untuk golongan muslimah.

0 comments:

Post a Comment