Thursday 17 July 2014
01:35 0

HEBOH TERKINI ! 4 Lagi kanak kanak terkorban angkara Israel.




GAZA: Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak menjadi mangsa terbaru serangan rejim Israel di bumi Gaza.

Lebih malang apabila nyawa mereka diragut semasa sedang asyik bermain bola sepak di pantai Gaza pada Rabu. Kesemua mangsa berusia di bawah 12 tahun.

Beberapa jam selepas serangan tentera Israel berkata kematian itu adalah tragik dan pihak rejim akan menyiasat kematian itu.

“Berdasarkan keputusan siasatan awal, sasaran serangan ini adalah terhadap pihak Hamas,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

Pengurus Aqsa Sharif di Gaza, Ahmad Thabet berkata semasa letupan pertama kesemua kanak-kanak terbabit lari untuk menyelamatkan diri. Bagaimanapun letupan kedua mengakibatkan kesemua mereka terkorban.

Badan kanak-kanak itu dilaporkan rentung terkena bedilan roket Israel. Orang ramai yang turut cedera dalam serangan sempat berlindung dan menyelamatkan diri di sebuah hotel berhampiran.

Ahmad Thabet berkata beliau sudah menyaksikan tiga perang Israel ke atas Gaza tetapi kali ini paling menyayat hati. Dengan kematian kanak-kanak Palestin itu, angka korban serangan udara ke atas Gaza yang masuk hari kesepuluh meningkat kepada 223 orang.

Sehingga kehari ini Israel tetap dengan kekejaman dan perilaku tidak berhati perut terhadap rakyat Palestin.

01:11 0

HEBOH TERKINI ! Era dan Hitz.fm menjemput Kiki mendatang kan kemarahan pengguna Facebook.



HANGAT :
Ramai rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan tindakan radio Era FM dan Hitz.fm menjemput Siti Fairrah Ashyikin atau Kiki yang terlibat dengan kes buli jalan raya terhadap seorang warga emas yang dikenali sebagai Uncle Sim, pagi tadi.
Jemputan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada Kiki membuat permohonan secara terbuka bukan sahaja kepada Uncle Sim, tetapi juga kepada rakyat Malaysia atas kebiadapannya. Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia tidak berpuas hati terhadap kebiadapan nya itu.
Gambar di bawah adalah antara komen-komen yang diterima menerusi Facebook rasmi ‘Era FM & Hitz.fm


Sebenarnya, pihak mereka turut menjemput Uncle Sim, namun dia tidak dapat hadir kerana tinggal di Kuantan dan ada urusan.Oleh itu, mereka telah menghubungi warga emas itu untuk bercakap sendiri dengan Kiki.
Mungkin ada benarnya kata-kata pengguna Facebook yang tidak bersetuju dengan perkara ini kerana ia seolah-olah mempopularkan lagi Kiki yang terang-terangan melakukan kesalahan dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

00:51 0

HEBOH SUKAN ! Mesut Ozil menderma kan wang imbuhan di Gaza.





BERITA TERKINI : 

Pemain antarabangsa Jerman dan pemain kelab Arsenal FC, Mesut Ozil mengumumkan mendermakan wang imbuhan hasil muncul juara Piala Dunia kepada anak-anak yang menderita peperangan di Gaza, Palestin.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah angka korban akibat serangan kejam rejim di Gaza meningkat kepada lebih 200 nyawa, menurut beberapa laman web termasuk WorldBulletin.net.



Pemain berketurunan Turki itu menerima habuan berjumlah RM646,000 untuk kemenangan pasukan Jerman di separuh akhir dan hampir RM1.2 juta wang bonus selepas muncul juara Piala Dunia 2014 dari Kesatuan Bola Sepak Jerman.

Itu tidak termasuk imbuhan sampingan lain yang diperolehi untuk setiap perlawanan yang dimenangi sepanjang temasya itu dan imbuhan menyumbangkan gol.

Portal itu juga melaporkan media-sosial turut hangat memperkatakan tentang Ozil yang dikatakan dilihat membaca ayat Al-Quran di padang sejurus sebelum perlawanan akhir menentang Argentina dan mengucapkan kesyukuran apabila Jerman berjaya muncul juara Piala Dunia 2014 di Brazil.
Wednesday 9 July 2014
01:45 0

HEBOH DUNIA ! Kekejaman Israel terhadap rakyat palestin.







Allahuakbar ! Bumi para Anbiya’ itu tidak pernah sunyi dengan bedilan peluru dan bom malah turut dihujani dengan roket-roket Israel tanpa ada rasa belas kasihan sedikit pun di hati mereka.

 Kali ini, rakyat Palestin diberi sambutan Ramadhan  dengan bom dan peluru berpandu Israel laknatullah sehingga terkorbannya ramai insan insan yang tidak bersalah. Hanya manusia berhati haiwan, kejam dan tidak berperikemanusiaan sahaja tergamak untuk melakukan semua ini demi kepentingan diri yang tiada kesudahannya. Israel laknatullah ini tidak pernah kenal siapa itu anak-anak kecil Palestin, orang-orang tua Palestin, wanita-wanita Palestin, malah orang-orang awam Palestin. 

Jasad-jasad ini terus dijadikan sasaran mereka bagi melampiaskan nafsu kebinatangan mereka. Mata mereka telah dibutakan dengan dendam kesumat dan agenda-agenda mengarut terhadap bumi Palestin. Semoga Allah melindungi dan memelihara para mujahidin islam ini.

p/s: sama sama lah kita mendoa kan keselamatan saudara sesama islam kita di sana supaya mereka terus tabah menghadapi ujian ini.
01:19 0

HEBOH SUKAN ! Brazil dimalukan skuad Jerman di hadapan penonton sendiri.





SAO PAULO – Media Brazil mengkritik prestasi buruk dicapai pasukan kebangsaan yang kalah dengan jaringan besar kepada Jerman dan menganggap ia keputusan paling memalukan dalam sejarah bola sepak negara itu dengan prestasi juara dunia lima kali,
Skuad Brazil yang kehilangan dua tonggak utama iaitu Thiago Silva dan Neymar di lihat terumbang ambing dan bermain seperti kehilangan punca. 
Akhbar dan pengulas televisyen menggelarkan ia sebagai kekalahan “Mineirazo”, satu kiasan yang merujuk kepada Stadium Mineirao di Belo Horizonte, iaitu lokasi perlawanan separuh akhir pertama, pagi tadi.
Trauma kekalahan bola sepak Brazil sebelum ini adalah pada 1950 yang diingati sebagai “Maracanazo”, lokasi perlawanan akhir 64 tahun lalu itu, di mana Brazil tewas kepada Uruguay.
Sementara itu, di laman web akhbar Folha de Sao Paulo, pautan berita itu memaparkan tajuk “sejarah memalukan” merujuk kepada kekalahan paling teruk yang dialami Brazil dalam sejarah 100 tahun itu dengan keputusan yang memalu kan 7-1.
“Brazil dimalukan sekali lagi ketika menjadi tuan rumah,” kata sebahagian artikel dalam web berkenaan.

Sunday 6 July 2014
00:19 0

SUKAN TERKINI ! Belanda tempah tiket ke separuh akhir dengan penentuan penalti.





BERITA PIALA DUNIA :

BRAZIL : Belanda berjaya ke pusingan separuh akhir setelah menumpaskan Costa Rica 4-3 dalam perlawanan yang  berlangsung di Arena Fonte Nova, Salvador awal padi tadi.

Masa penuh permainan perlawanan suku akhir di antara kedua pasukan sebelum itu menyaksikan pertembungan sengit membuatkan mereka terikat 0-0. Pasukan ‘underdog’, Costa Rica dilihat tidak banyak menguasai bola mahupun membuat asakan.

Bagaimanapun ketangkasan penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas telah banyak membantu menyelamatkan pintu gol mereka dari dibolosi pihak lawan. Belanda memperoleh beberapa peluang baik untuk menjaringkan gol namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Minit ke-21 menyaksikan dua cubaan oleh Belanda iaitu Robin Van Persie dan Wesley Sneijder berjaya diselamatkan oleh Navas. Beberapa minit kemudian, Van Persie sekali lagi membuat cubaan, tetapi sekali lagi diselamatkan oleh Navas penjaga gol kebal COsta Rica.

Pada separuh masa kedua, minit ke-82, Belanda menerusi Van Persie membuat satu lagi percubaan baik, namun dapat dihalang lagi oleh Navas. Bagi Costa Rica pula, mereka tidak memperoleh peluang untuk melakukan cubaan yang benar-benar berbahaya.

Permainan kemudian masuk ke masa tambahan, tetapi tiada gol yang dapat dijaringkan oleh kedua-dua pasukan dan terikat dengan keputusan 0-0.Kedudukan tersebut membawa ke sepakan penentuan penalti.
Gol-gol penalti pasukan Belanda dijaringkan oleh Van Persie, Arjen Robben, Sneijder dan Dirk Kuyt.

Manakala bagi Costa Rica, gol-gol mereka dijaringkan oleh Celso Borges, Gonzalez dan Bolanos.


Keputusan akhir perlawanan ialah Belanda 0(4)-0(3) Costa Rica. Belanda akan bertemu Argentina dalam perlawanan separuh akhir nanti. Manakala Germany akan bertemu pasukan tuan rumah Brazil.


Saturday 5 July 2014
02:11 0

BERITA SEMASA ! Tidak perlu beri saman kepada pemberi sedekah ataupun gelandangan,




KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak perlu melaksanakan peraturan mendenda pemberi sedekah dalam usaha membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan memandangkan peruntukan undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani masalah itu, demikian menurut beberapa peguam.

Seorang peguam kanan di sebuah firma guaman, Datuk Dr Radzuan Ibrahim berkata, kerajaan hanya perlu fokus pada undang-undang sedia ada kerana ia sudah mencukupi untuk mengatasi masalah peminta sedekah dan gelandangan di ibu kota.

Bagi pengemis kanak-kanak serta orang tua yang bergerak melalui kegiatan sindiket, tindakan boleh diambil atas pertuduhan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta denda, katanya kepada Bernama.

"Mereka boleh ditangkap dengan mudah dan ada antaranya dengan berani membawa surat daripada jabatan agama, sekolah tahfiz dan kementerian. Jika ditangkap dan disiasat tentang siapa penganjurnya (aktiviti mengemis) didapati dokumen adalah palsu," katanya.

Beliau berkata apa yang perlu dilakukan ialah penguatkuasaan secara serius kerana mereka mengemis secara terang-terangan di pusat beli belah, restoran dan stesen minyak.

Radzuan berkata demikian apabila diminta mengulas berhubung cadangan kerajaan mewujudkan peraturan bagi mendenda pemberi sedekah di ibu negara bagi mengatasi masalah itu. Beliau berkata memandangkan perlakuan peminta sedekah dan gelandangan di negara ini berlaku secara terang-terangan, ia sepatutnya memudahkan pihak penguat kuasa mengambil tindakan mengikut peruntukan sedia ada.

"Bagi saya tidak perlu mewujudkan undang-undang khusus membabitkan pengemis ini sebab masalah orang miskin dan gelandangan sememangnya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Untuk selamatkan mereka..itu adalah tanggungjawab kementerian terbabit yang perlu menyediakan tempat tinggal, pekerjaan dan pusat pemulihan bagi melatih mereka dengan kemahiran untuk memperbaiki diri," katanya.

Beliau berkata bagi pengemis yang membabitkan warga asing, kebanyakan mereka berada di negara ini tanpa visa dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Imigresen.

"Jika pihak Imigresen tangkap mereka, setiap hari lakukan pemeriksaan, takkan ada lagi mereka ini...semua akan lari. Tidak susah untuk laksanakan," katanya.

Berhubung cadangan mengenakan denda RM150 kepada pemberi sedekah yang dijangka dilaksanakan tidak lama lagi, Radzuan berkata tindakan itu dianggap sebagai keterlaluan dan 'pemikiran yang tidak dinilai semula'.

"Islam sendiri menggalakkan umatnya bersedekah. Apabila adanya undang-undang tersebut ia seolah-olah menyekat masyarakat berbuat kebaikan," katanya.

Beliau berkata bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlu memberi kesedaran dan membuat hebahan secara berterusan kepada orang ramai berhubung cara menyalurkan derma atau segala bentuk bantuan kepada pihak yang berhak.

Sementara itu, Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Malaya Dr Siti Zubaidah Ismail berkata selain peruntukan dalam Kanun Keseksaan bagi kes jenayah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudahpun mempunyai Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Katanya lagi, di bawah akta berkenaan, DBKL diberi kuasa untuk mengatasi masalah kacau ganggu di kalangan pengemis terhadap orang awam.

"Saya berasa undang-undang sedia ada telah cukup jika dilaksanakan dengan sempurna. Pengemis kadang-kala memberi gangguan kepada orang awam namun jika pihak kerajaan ingin membendung masalah ini, mereka perlu melihat dari pelbagai aspek termasuk mengkaji bagaimana dan punca lambakan pengemis," katanya.

Bagi cadangan mengenakan denda kepada pemberi sedekah, Siti Zubaidah berkata "ia pendekatan di luar kebiasaan."

Presiden Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, turut tidak bersetuju dengan cadangan mengadakan peraturan itu kerana ia adalah satu bentuk tekanan bagi golongan miskin yang benar-benar memerlukan bantuan.

"Mungkin ada di antara pengemis yang terlibat dengan sindiket namun ia boleh diatasi dengan peruntukan yang telah ada dalam Akta Imigresen, Kanun Keseksaan dan beberapa akta di bawah JKM. Kerajaan bukan sahaja perlu menangani tetapi juga perlu mengkaji kemelut (pengemis) yang tidak berkesudahan ini," katanya.

Beliau turut berharap agar cadangan pelaksanaan denda terhadap pemberi sedekah tidak dilaksanakan kerana ia akan menjadi bahan ejekan.

"Tidak ada di dunia ini orang yang memberi sedekah dikenakan denda. Denda itu akan menghalang orang lain daripada membuat kebajikan," katanya.