Thursday 17 July 2014
01:35 0

HEBOH TERKINI ! 4 Lagi kanak kanak terkorban angkara Israel.




GAZA: Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak menjadi mangsa terbaru serangan rejim Israel di bumi Gaza.

Lebih malang apabila nyawa mereka diragut semasa sedang asyik bermain bola sepak di pantai Gaza pada Rabu. Kesemua mangsa berusia di bawah 12 tahun.

Beberapa jam selepas serangan tentera Israel berkata kematian itu adalah tragik dan pihak rejim akan menyiasat kematian itu.

“Berdasarkan keputusan siasatan awal, sasaran serangan ini adalah terhadap pihak Hamas,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

Pengurus Aqsa Sharif di Gaza, Ahmad Thabet berkata semasa letupan pertama kesemua kanak-kanak terbabit lari untuk menyelamatkan diri. Bagaimanapun letupan kedua mengakibatkan kesemua mereka terkorban.

Badan kanak-kanak itu dilaporkan rentung terkena bedilan roket Israel. Orang ramai yang turut cedera dalam serangan sempat berlindung dan menyelamatkan diri di sebuah hotel berhampiran.

Ahmad Thabet berkata beliau sudah menyaksikan tiga perang Israel ke atas Gaza tetapi kali ini paling menyayat hati. Dengan kematian kanak-kanak Palestin itu, angka korban serangan udara ke atas Gaza yang masuk hari kesepuluh meningkat kepada 223 orang.

Sehingga kehari ini Israel tetap dengan kekejaman dan perilaku tidak berhati perut terhadap rakyat Palestin.

0 comments:

Post a Comment