Friday 4 July 2014
02:36 0

HEBOH ARTIS ! Awie didakwa sengaja mendatang kan kecederaan kepada isteri.




BERITA ARTIS :

Penyanyi popular Awie di dakwa mencedera kan isteri nya dengan tuduhan sengaja mendatang kan kecederaan. Awie didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Namun Awie mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman. Berdasarkan kertas pertuduhan, Awie didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana di Jalan 9 USB 5, Taman Ukay Bestari, kira-kira jam 1.30 petang 2 Jun lalu.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan ikat jamin RM9,000 dan menetapkan 11 Ogos untuk sebutan seterusnya. Sementara itu, Bernama melaporkan, terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
“Saya hadapi perkara ini dengan tabah, ini dugaan bulan Ramadan,” kata Awie kepada pemberita selepas mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rozana Misbun,36, di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.
“Alhamdulillah, saya rasa tiada apa-apa. Kehidupan saya akan diteruskan seperti biasa, yang penting saya hendak menjaga anak-anak saya,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesahihan gambar yang menunjukkan Rozana dipukul, Awie enggan memberi sebarang komen.
“Tiada komen, kita jumpa di mahkamah nanti dan kita akan tahu apa yang berlaku,” ujar vokalis kumpulan Wings itu.

0 comments:

Post a Comment