Saturday, 5 July 2014
01:32 0

HEBOH SUKAN ! Neymar cedera terlepas perlawanan separuh akhir.





BERITA PIALA DUNIA:
Terjahan keras di bahagian belakang oleh pemain Columbia Juan Zuniga terhadap penyerang berbisa Brazil, Neymar boleh memusnahkann impian tuan rumah Piala Dunia Fifa 2014 untuk merangkul kejuaraan buat kali keenam.
Ini kerana Neymar dilihat sebagai tonggak utama buat pasukan kendalian Luiz Felipe Scolari yang mampu mengangkat Brazil sehingga ke perlawanan akhir. Terjahan tersebut telah dilakukan oleh pemain Colombia pada perlawan suku akhir semalam.
Namun disebabkan terjahan tersebut, doktor pasukan tersebut telah mengesahkan bahawa Neymar terpaksa terlepas daripada turun bermain selepas mengalami keretakkan pada segmen tulang belakang yang memerlukan masa untuk kembali pulih.
Setakat ini, Neymar, 22, sudah menjaringkan sebanyak empat gol dalam edisi kejohanan kali ini bersama-sama dengan penyerang Argentina, Lionel Messi dan penyerang Jerman, Thomas Muller tatapi pemain Colombia James Rodriguez sedang mendahului penjaring terbanyak perlawanan sebanyak enam gol.

0 comments:

Post a Comment